Jumaat, September 20, 2013

Lama menyepi....kini kembali lagi..

Salam & selamat sejahtera.. 
Dah agak lama blog ni tak diupdate kn.. Kalau la blog ni besi, memang dah berkarat la.. Bukan tak nak update, tapi kekurangan idea dan rasa malas nak post update..sejujurnya..

Hari ni pun, entah kenapa, tetiba rasa ada semangat baru untuk kembali menjadi blogger. So, ni 1st post setelah kian lama menyepi. 

Alhamdulillah, sekarang sudah tamat pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) setelah dalam 5 tahun merantau & berkelana di Nilai, Negeri Sembilan. Banyak pengalaman pahit dan manis, kenal ramai kawan-kawan dan sahabat. 

Em..nanti post seterusnya, insya Allah cerita berkaitan dengan "life moment in USIM".. Sekarang ni 1st post, so tak nak taip panjang-panjang, tak ada idea lagi sebenarnya ni.. 

See ya next time! 

" Its never to late to make good deeds, because Allah always open His forgiveness "
" Masih belum terlambat untuk berbuat kebaikan, kerana Allah sentiasa membuka pintu kemaafan-Nya " 

Ahad, Oktober 14, 2012

Peluang untuk anda tambahkan pendapatan!!

Assalamualaikum..

saya nak tawarkan peluang kepada anda semua untuk menambahkan pendapatan dengan menjadi AGEN TOPUP RELOAD
MHK TOPUP!!!

Dengan profit rate yang tertinggi di Malaysia 5%, anda boleh mengaut keuntungan yang tinggi.
* tertakluk kpd terma dan syarat

Server system juga antara yang terbaik di Malaysia.
For more information
mhktopup.wordpress.com

:D

Review hotel - Parkroyal Hotel Kuala Lumpur

Sebelum buka semester baru yg lepas, entah kenapa rasa nak try menginap kat hotel. Matlamat asal nak jalan-jalan kat Low Yatt Plaza je, lepas tu terfikir, kalau duduk kat hotel yang berdekatan, boleh jalan-jalan lama sikit :D
Nak mudah book a room at parkroyalhotel.com. Tak perlu deposit ( kebanyakan hotel kat Malaysia kena deposit masa booking bilik ) tapi perlu ada credit card untuk book ( nasib baik ada Big Prepaid Credit Card ).

Review hotel :
Design kat lobi hotel memang menarik, besar dan nampak elegan. Staff kat reception pun friendly. Lepas check in, dapat bilik no 1414, floor 14. Bilik Deluxe King Bedroom.
Lif ada 3 je yang dekat dengan reception, tp speed lif tu laju, kejap je dah sampai kt tingkat 14.
Bilik sangat besar!! Moden dan comfortable. Siap ada LCD 40" TV :D
Bilik air pun terbaik. Walaupun hanya menginap 1 hari je, tapi rasa puas hati. Dan mungkin akan menginap lagi kat hotel ni kalau nak jalan-jalan kat area Bukit Bintang especially Low Yatt Plaza dan Times Square

Jumaat, April 15, 2011

Kem Pemantapan Diri ( Survival Laut ), Pulau Bidong

Pd 5-7 April lps, ana ade ikut program ni.. Kem Pemantapan Diri & Survival Laut, kat Pulau Bidong, Terengganu, anjuran Sekretariat Rukun Negara ( SRN ) Universiti Malaysia Terengganu..
Pulau Bidong

sepatutnya, program ni, exco2 SRN je yg g, tp sebab kt USIM, SRN ni xhidup sgt ( xtau wujud ke x ), so, kteorg, Sekretariat Rakan Muda ( SRM ) yg pegi..haha. kteotg pegi 8 org, + driver ( abg Amran ) + peg HEP ( Abg Irwan ).

sepatutnya, kterrg bertolak pkul 5 ptg, hari isnin, ke tererbggganu, tp disebabkan sedikit masalah dalaman, kteorg btolak lewat sket.. dlm pkul 7 bru bertolak..
dlm pkul 3 pg, alhamdulillah, kteorg smpai dgn selamat kat UMT, ( lewat..huh). lpas tu kteorg mginap kt UMT awl pg tu.. dlm pkul 9 pg, bru kteorg bertolak ke Pulau Bidong,. Allahu Akhbar, hnya Allah je yg tau.. betapa indahnya ciptaanNya, mmg cntik Pulau Bidong tu.. Bersih, pasir putih, air laut biru... tenang rasanya..
dlm bot nk p pulau bidong


Nama program ni pn survival laut, so, program nyer, lebih kat laut la.. ( xcely, ana fobia ngan laut..huhu)
hri first, xturun laut lg, bnyak taaruf n LDK jer.. hri ke dua bru start Survival kt laut.. xtvt survival laut ade 5 xtvt utama ( Water Confident, Snorkeling, Memancing, Jejak Warisan, Berkayak)

LDK ( Pokok Kepimpinan )

mula2, ketorg kne wat Water Confident.. kterog ken berenang dr pantai ke bot yg ade kt laut tu, naik bot, pastu trjun laut balik n berenang ke pntai balik.. mula2, rs takut lemas, tp lps pakai life jacket, rs best lak berenang ( lau xde life jacket, mmg xberenang la..huhu)
training dulu..

training kayuh dlm bulatan

2nd lak, grup ana buat snorkeling dlu.. mmg best.. dpt tgk kehidupan laut yg menakjubkan.. ana dpt tgk mcm2 jenis ikan, terumbu karang, Kren ( cmana la blh ae dlm tu..) n pling best skali, bila ikan todak, melintas betul2 dpn ana..( huh, mngejutkan..)

snorkeling

3rd, kteorg pegi memancing kt tengah laut, gne bot.. mula2 rs ok.. bila bot dh berhenti, terumbang ambing ( xde la dashyat sgt ), ana mula rs loya.. pstu, ana dh xblh thn dh... buuekk!!! ( muntah..)huhuh... ingat kn ana sorg je yg muntah, tp ramai lg yg muntah  ( selamat, kurang sket malu..huh)
team ana dpt ikan pling bnyak, 64 ekor ikan..hehe. lpas smpai je kat pulau, ana terus tdo..rs penig mabuk laut xhbs lg..

pkul 2 lak, xtvt berkaya..mmg best, 1st time berkayak.. ktorg berkayak ke pulau sebelah , Pulau Vietnam.. lps tu.. kteorg wat jejak warisan, ( mengembara kt kawasan pulau.. ( dgn kata lain, msuk hutan la..) dlm hutan tu, nan dpt tgk penempatan pelarian Vietnam yg dh di tinggalkan, tp rumah2, kuil, tgki air, tugu, ttp ade lg.. blh blajar sej jap..hehe
                                                                           berkayak


kayak2 yg digunakan


malam tu,cm biasa la.. mst ade mlm kebudayaan.. n paling best, BBQ hsil tgkapan kteorg td..mmg kenyang alhamdulillah..

esoknya, rs cm kejap sgt masa berlalu..dlm pkul 12,kteorg btolak balik ke UMT.. sblm balik USIM, kteorg singgah jap kt bandar Kuala Terengganu, Pasar Payang, Pnatai Batu Buruk..
dlm pkul 3 pg, alhamdulillah, ana smpai kat rumah..mmg letih, smpai2 je, trus tdo..

bergambar sebelum balik


grup ana ( grup pari )


em tu je kot cerita ana.. sori lau xbest..huhu..
lau ade salah n silap psal citer ni..ana mnta maaf.. segala kekurangan dtg dr ana, n kebaikan dtg dr Allah..
sekian..

Jumaat, April 01, 2011

Contest 1 at Widget Index

Assalamualaikum..
Dh agak lama la x update blog ni.. bizi sngat kot ngan study, assignment, test, presentation, program2, persatuan..huh.. ( mcm PM dh..)

Hari ni, tetiba lak terdetik dihati untuk menjenguk jap blog ni.. Walaupun esok ade kerja penting yang nak kene buat ( exhibition utk CTPS subject..huhu)..
Firstly, mmg terkejut la.. sebab, tetiba lak ade ramai follower, ( alhamdulillah ).. pas tu tgk kt shoutmix, ade bnyak shout2 dr kalian semua..tp yg paling mencuri perhatian..
shout dari widget index!!! ( terkejut n teruja ).. " anda menang contest ".....
macam xcaya jer..camane blh menang ni..


Cerita di sebaliknya...
ptg tu, waktu tgh boring, saje2 je blogwalking kt blog2 yang dikenali..
pastu, tertarik kat animation kt widget index tu..
kebetulan lak masa tu ade contest 1..
niat di hati juzt nak main2 je..xserius pn nk join betul2...
sbb tu xde pon post psal contest tu kt blog ni..( asif jiddan -maaf- )


emm..stkt tu je kot psl post kali ni.. nk g sambung buat kerja CTPS..huhu..
thanks kat sape2 yang wish congrats tu.. appreciate sgt.. syukran2.. :)
n thanks a lot to widget index sbb anjurkan contest ni..
http://widgetindex.blogspot.com
sekian, wassalam..

Khamis, Mac 03, 2011

Kelebihan Solat dari Sudut Sains

Bagi umat islam, solat adalah satu ibadah yang penting untuk memperhambakan diri kepada Allah. Selain solat wajib 5 waktu, kita juga harus memaksimumkan solat sunat untuk mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Mungkin ramai yang xtau mengenai kelebihan solat dari sudut sains.. artikel ni dipetik dari MEMBONGKAR RAHSIA IBADAT SOLAT SECARA SAINTIFIK kat website MajalahSains.com
http://www.majalahsains.com/2011/02/membongkar-rahsia-ibadat-solat-secara-saintifik/

Oleh : Khairunnisa Sulaiman
Kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan sempurna dan tertib amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang. Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.
Ibadah solat begitu istimewa sekali sehingga Rasulullah SAW diangkat naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.
Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.
"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.
Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.
Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.
                                                                         Sujud
"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.
Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.
Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.
"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.
"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.
Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.
Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.
"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.
                                                                    Pergerakan Relatif
Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.
"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.
"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.
Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.
Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.
Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.

Selasa, Mac 01, 2011

Hanya Tinggal Kenangan....

Assalamualaikum...
dah lame xpost kat blog ni..
nak kate sibuk... xsibuk mane pun..

emm.. dalam 2 minggu lepas.. ade 2 benda yang selama ni ak sayang sangat2, telah pergi dan kini, ingatan terhadapnya hanya tinggal kenangan..huhu. benda tu adalah......... handphone SE C510 dan rumah yg ak tinggal selama ni...huhu

mula2 ak nk cerita pasal rumah dulu...
hari sabtu 19 feb,petang...
ak dpt pggilan dari mak, rasa macam pelik gak, sebab semalam ( jumaat ) ak  baru je call mak..
mak cakap, " rumoh kt PGA tebaka " ( rumah kat PGA terbakar ), terkejut la masa tu, ak terus tanya pasal mak dan adik2, mak ak cakap, rumah yang kiteorang duduk, xkene, tp 4 blok yang berjiran, hangus semua. mak suruh ak tengok berita malam nanti, tengok pasal incident tu.. malam tu, ak tengok, subhanallah, memang teruk n dashyat.. semua hangus, family yang terlibat, tinggal sehelai sepinggan.. ( Ya Allah, kuatkan lah mereka )... alhamdullah, family ak selamat..

blok yang hangus

 a week later, mak ak call lg, " buku2 dlm kotak tu nak lg ke x?? " ak ckp " npe? ", mak ak balas " lau xnak, mak nk bakar je, sebab nanti nak kne pindah rumah ".. dari suara mak, ak tau,  mak memang suka n hepi sgt2 bila nak dapat rumah baru..( anak mne yg xhepi bila mak hepi kn?? ) alhamdulillah... 


rumah baru yg bakal family ak menetap..insyaallah



yang barang kedua ( SE C510 ) nanti ak cerita kat post lain.. insyaallah..



Khamis, Januari 13, 2011

Maher Zain - Thank You Allah ( Alhamdulillah ) Lyric






I was so far from you 
Yet to me you were always so close 
I wandered lost in the dark 
I closed my eyes toward the signs 
You put in my way 
I walked everyday 
Further and further away from you 
Ooooo Allah, you brought me home 
I thank You with every breath I take. 

Alhamdulillah, Elhamdulillah 
All praises to Allah, All praises to Allah 
Alhamdulillah, Elhamdulillah 
All praises to Allah, All praises to Allah. 

I never thought about 
All the things you have given to me 
I never thanked you once 
I was too proud to see the truth 
And prostrate to you 

Until I took the first step 
And that’s when you opened the doors for me 
Now Allah, I realized what I was missing 
By being far from you. 

Alhamdulillah, Elhamdulillah 
All praises to Allah, All praises to Allah 
Alhamdulillah, Elhamdulillah 
All praises to Allah, All praises to Allah. 

Allah, I wanna thank You 
I wanna thank you for all the things that you’ve done 
You’ve done for me through all my years I’ve been lost 
You guided me from all the ways that were wrong 
And did you give me hope 

O Allah, I wanna thank you 
I wanna thank You for all the things that you’ve done 
You’ve done for me through all my years I’ve been lost 
You guided me from all the ways that were wrong 
I wanna thank You for bringing me home 

Alhamdulillah, Elhamdulillah 
All praises to Allah, All praises to Allah 
Alhamdulillah, Elhamdulillah 
All praises to Allah, All praises to Allah.



Kereta Batu???

masa bace paper kosmo online 13/1/2011, tertarik lak dengan 1 article ni...

pernah anda lihat kereta diperbuat daripada batu???
lau dalam kartun The Flinstone tu  tak kira la..
tapi, ini memang benar..
sebuah kereta BMW Z4 diperbuat daripada BATU!!!

pelik bukan??
tapi bagi Dai Feng ( artis yang mereka dan membuat kereta batu ni ) adalah sesuatu yang tidak mustahil..


BMW Z4 model batu


Beliau telah mengambil masa selama SETAHUN untuk menyusun blok bata dan mengukirnya menjadi sebuah BMW Z4. memang mengagumkan imaginasi beliau..
dan anda mugkin tidak menyangka harga kereta ini...

Dai Feng telah menjual kereta ini dengan harga £80,000 (RM383,652) !!
lebih mahal dari harga BMW yang biasa..


inilah yang dikatakan DREAMS COME REALITY..


mgkin kita juga dapat buat sesuatu kan?? mungkin dapt buat kereta ini bergerak...hehe


petikan dari kosmo online 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Bencana Buruk di Australia

Belum habis pun lagi isu masalah banjir di Kelantan dan Terengganu.. Australia pula di kejutkan dengan bencana banjir besar di Brisbane..

banjir di brisbane

"Banjir terburuk dialami Brisbane dalam seabad itu menyaksikan air berlumpur yang melimpah dari Sungai Brisbane mencapai ketinggian lampu trafik di sesetengah tempat dengan jangkaan 20,000 rumah dinaiki air.
Sekurang-kurangnya 22 orang mati di negeri timur laut Australia, Queensland sejak hujan bermula November lalu yang menyebabkan kawasan seluas Perancis dan Jerman ditenggelami air. 

Penduduk Brisbane yang berjumlah dua juta orang sudah membuat persiapan sejak dua hari lalu untuk memindahkan keluarga dan barang mereka ke tempat yang lebih tinggi dengan sesetengah daripada mereka bertindak meletakkan perabot di atas bumbung. 

Sungai Brisbane diramal mencapai paras tertinggi hari ini dan jika jangkaan ini tepat paras banjir tidak akan mencapai ketinggian banjir besar yang melanda bandaraya itu pada 1974. 

“Bagaimanapun bencana kali ini tetap besar dan oleh kerana Brisbane sekarang lebih besar dan mempunyai lebih ramai penduduk, kesannya buruk,” kata Ketua Menteri Queensland, Anna Bligh. 
“Bencana ini tetap akan meranapkan sebahagian daripada bandaraya kita,” katanya. 
Bencana itu memuncak Isnin lalu apabila ribut mencetuskan ‘tsunami’ setinggi lapan meter yang melanda secara tiba-tiba bandar Toowoomba dan pekan lebih kecil di barat Brisbane. 

Seramai 12 orang terkorban dalam banjir kilat berkenaan dan jumlah yang hilang dilaporkan seramai 43 orang. 

Sungai Brisbane mula melimpah kelmarin dan terus mencatat kenaikan paras semalam selepas kunci air di empangan besar di hulu sungai terpaksa dibuka selepas mencapai paras bahaya berikutan hujan berterusan. 

Dua pusat perpindahan dibuka di Brisbane dan lebih 6,500 pendudukan dijangka menggunakan kemudahan itu dalam masa beberapa hari lagi. Pihak berkuasa menggesa penduduk di kawasan rendah supaya menyiapkan rumah mereka dan tinggal bersama rakan atau keluarga serta menjauhkan jalan raya. 

“Insiden ini bukan satu acara pelancongan, ini adalah bencana alam yang serius,” kata Bligh. – AP"


sebuah kereta hanyut dibawa arus banjir


penderitaan mangsa gunung berapi di indonesia pun masih belum pulih dan kini penduduk brisbane lak menderita. 
Jika kita soroti semua bencana yang telah berlaku..mesti kita perasan yang sekarang, banyak musibah yang melanda.. dan ramai manusia yang telah terkorban..

Apakah maksud tersirat atas semua kejadian yang berlaku??

adakah bumi semakin tua??
adakah ia hanya kebetulan??
adakah ia lumrah alam??
ataupun tanda-tanda kiamat sudah dekat???

jika kita renung kembali, semua musibah dan bencana yang melanda, merupakan tanda-tanda awal kiamat sudah dekat.. dan tanda-tanda awal lain dah lama berlaku... 
jika ianya benar..adakah kita dah bersedia untuk menghadapinya??

renung-renungkan..