Khamis, Januari 13, 2011

Bencana Buruk di Australia

Belum habis pun lagi isu masalah banjir di Kelantan dan Terengganu.. Australia pula di kejutkan dengan bencana banjir besar di Brisbane..

banjir di brisbane

"Banjir terburuk dialami Brisbane dalam seabad itu menyaksikan air berlumpur yang melimpah dari Sungai Brisbane mencapai ketinggian lampu trafik di sesetengah tempat dengan jangkaan 20,000 rumah dinaiki air.
Sekurang-kurangnya 22 orang mati di negeri timur laut Australia, Queensland sejak hujan bermula November lalu yang menyebabkan kawasan seluas Perancis dan Jerman ditenggelami air. 

Penduduk Brisbane yang berjumlah dua juta orang sudah membuat persiapan sejak dua hari lalu untuk memindahkan keluarga dan barang mereka ke tempat yang lebih tinggi dengan sesetengah daripada mereka bertindak meletakkan perabot di atas bumbung. 

Sungai Brisbane diramal mencapai paras tertinggi hari ini dan jika jangkaan ini tepat paras banjir tidak akan mencapai ketinggian banjir besar yang melanda bandaraya itu pada 1974. 

“Bagaimanapun bencana kali ini tetap besar dan oleh kerana Brisbane sekarang lebih besar dan mempunyai lebih ramai penduduk, kesannya buruk,” kata Ketua Menteri Queensland, Anna Bligh. 
“Bencana ini tetap akan meranapkan sebahagian daripada bandaraya kita,” katanya. 
Bencana itu memuncak Isnin lalu apabila ribut mencetuskan ‘tsunami’ setinggi lapan meter yang melanda secara tiba-tiba bandar Toowoomba dan pekan lebih kecil di barat Brisbane. 

Seramai 12 orang terkorban dalam banjir kilat berkenaan dan jumlah yang hilang dilaporkan seramai 43 orang. 

Sungai Brisbane mula melimpah kelmarin dan terus mencatat kenaikan paras semalam selepas kunci air di empangan besar di hulu sungai terpaksa dibuka selepas mencapai paras bahaya berikutan hujan berterusan. 

Dua pusat perpindahan dibuka di Brisbane dan lebih 6,500 pendudukan dijangka menggunakan kemudahan itu dalam masa beberapa hari lagi. Pihak berkuasa menggesa penduduk di kawasan rendah supaya menyiapkan rumah mereka dan tinggal bersama rakan atau keluarga serta menjauhkan jalan raya. 

“Insiden ini bukan satu acara pelancongan, ini adalah bencana alam yang serius,” kata Bligh. – AP"


sebuah kereta hanyut dibawa arus banjir


penderitaan mangsa gunung berapi di indonesia pun masih belum pulih dan kini penduduk brisbane lak menderita. 
Jika kita soroti semua bencana yang telah berlaku..mesti kita perasan yang sekarang, banyak musibah yang melanda.. dan ramai manusia yang telah terkorban..

Apakah maksud tersirat atas semua kejadian yang berlaku??

adakah bumi semakin tua??
adakah ia hanya kebetulan??
adakah ia lumrah alam??
ataupun tanda-tanda kiamat sudah dekat???

jika kita renung kembali, semua musibah dan bencana yang melanda, merupakan tanda-tanda awal kiamat sudah dekat.. dan tanda-tanda awal lain dah lama berlaku... 
jika ianya benar..adakah kita dah bersedia untuk menghadapinya??

renung-renungkan..

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan